Global Endorsement of the Declaration of Taxpayer’s Human Rights 賦稅人權宣言 全球網路連署

MENU

AWC

Global Endorsement of the Declaration
on Taxpayer’s Human Rights

Number of Endorsement: 36759

Nationality: 115   (List)

Pendahuluan kepada Pengesahan Global ke atas Perisytiharan Hak Asasi Pembayar Cukai

Sebagai tindak balas kepada perubahan pesat ekonomi dunia dan arah aliran kebimbangan hak asasi manusia yang paling terkini di abad ke-21, setiap warga dunia perlu memberi perhatian yang mendalam terhadap perkembangan isu-isu antarabangsa hak asasi pembayar cukai.

Percukaian ialah asas kepada infrastruktur dan perkembangan sesebuah negara. Cukai-cukai yang dikenakan memberi kesan secara langsung ke atas hak harta rakyat, hak untuk hidup dan hak-hak asasi manusia yang lain. Ia juga memberi kesan ke atas kewujudan keluarga yang berterusan, kelangsungan pertumbuhan anak-anak, kestabilan perkembangan sosial dan ekonomi. Hak asasi pembayar cukai menjadi sebahagian daripada arah aliran antarabangsa yang mengiktiraf penggunaan hak asasi manusia sejagat. Kami mengakui bahawa hanya dengan polisi cukai yang adil dan saksama sahaja, kerajaan boleh memungut cukai dengan aman tenteram di mana pembayar cukai akan menerima secara sukarela tanpa mewujudkan tekanan dan kebimbangan tambahan dalam kehidupan mereka. Percukaian berdasarkan hak asasi manusia mestilah dilaksanakan agar setiap negara dapat menikmati kemakmuran dan keamanan. Maka, penubuhan satu mekanisme bagi hak asasi pembayar cukai akan menjadi suatu komponen penting untuk negara melindungi hak-hak asas rakyatnya.


Oleh yang demikian, pada Disember 2012, Association of World Citizens, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang memegang status perunding dengan PBB melalui ECOSCO dan berkait dengan Jabatan Penerangan Awam serta Federation of World Peace and Love telah bersama-sama melancarkan dan menyokong kempen Perisytiharan Hak Asasi Manusia semasa Persidangan Antarabangsa Ketua Hakim Sedunia Ke-13 yang diadakan di India. Ia menggalakkan semua kerajaan bertindak “melindungi hak asas rakyat untuk hidup, menghormati prinsip keterangan, menegakkan prosedur keadilan dan benar-benar melaksanakan perlindungan hak asasi manusia” dalam amalan percukaian mereka. Secara keseluruhannya, acara ini menerima 53 maklum balas yang memberangsangkan daripada Ketua-ketua Negara, ketua hakim serta tokoh-tokoh terkenal daripada segenap lingkungan.


Sokongan Global ke atas Perisytiharan Hak Asasi Pembayar Cukai bertujuan meminta semua negara meletakkan hak asasi manusia sebagai keutamaan dalam sistem percukaian mereka, membetulkan sistem percukaian mereka agar mematuhi prinsip keadilan dan kesaksamaan. Ini dapat menjadikan rakyat dan negara mereka maju serta masyarakat dapat menikmati negara yang selamat.


Kami menggesa penglibatan setiap warga dunia dalam melindungi nilai-nilai sejagat amalan hak asasi manusia.


Perisytiharan ke atas Hak Asasi Pembayar Cukai

Kebanyakan negara di seluruh dunia menghadapi cabaran untuk menjadikan hak asasi manusia sejagat sebagai nilai utama dalam masyarakat mereka. Percukaian merupakan asas di mana sesebuah Negara boleh membangun dan maju. Walau bagaimana pun, pungutan cukai yang tidak sah akan memberi kesan yang mendalam ke atas hak asasi pembayar cukai seperti hak harta dan hak untuk hidup. Percukaian yang tidak adil boleh menyebabkan kemerosotan dalam kehidupan sebuah keluarga, pertumbuhan dan kelangsungan hidup anak-anak, dan pembangunan serta kesejahteraan masyarakat. Hak asasi pembayar cukai secara semulajadi telah menjadi nilai utama sejagat untuk menggalakkannya menjadi pelengkap kepada hak asasi manusia seluruh dunia. Maka, skim percukaian yang adil, saksama dan sah amatlah penting dalam melindungi hak asasi manusia dan pembangunan negara. Kami menyokong bahawa kerajaan sesebuah negara perlu mematuhi prinsip-prinsip berikut:


Bagi menyaksikan kesan penting ke atas hak kepada kehidupan, kerajaan hendaklah melindungi hak asasi kepada kehidupan semasa memungut cukai.


Bagi menyaksikan tiada halangan kepada harta orang awam akibat cukai yang dikenakan, pungutan cukai hendaklah berdasarkan garis panduan/peraturan jelas yang ditetapkan oleh Undang-undang Percukaian di mana ia tidak boleh dinaikkan oleh kerajaan sewenang-wenangnya dan secara tidak adil


Bagi menyaksikan proses perundangan yang sewajarnya berhubung percukaian dan penalti berkaitan dalam pematuhan prinsip perkadaran, kerajaan hendaklah menentukan pembelaan dan remedi yang tersedia kepada pembayar cukai, perlindungan privasi, hak pelepasan dan hak untuk dimaklumkan dengan betul.


Bagi menyaksikan keadaan ekonomi dan sosial dikekalkan, percukaian hendaklah mematuhi undang-undang dan tidak melebihi kebebasan kontrak agar dapat mengekalkan autonomi undang-undang persendirian.


Bagi menyaksikan kestabilan ekonomi dan masyarakat serta mengekalkan hubungan orang awam dengan undang-undang yang stabil, prosiding dan penyelesaian pertikaian cukai hendaklah berdasarkan undang-undang dalam jangka masa yang munasabah dan dilaksanakan secepat mungkin secara sah.


Dalam menyelesaikan pertikaian cukai antara pembayar cukai dan kerajaan, pungutan cukai hendaklah berdasarkan keterangan dan mematuhi prinsip pertimbangan dan peraturan pengalaman.


Memandangkan pentingnya perlindungan hak ke atas kebebasan bergerak secara sah dalam wilayah sesebuah negara dan hak kepada kehidupan serta hak untuk bekerja, kerajaan hendaklah mengambil kira imbangan kepentingan negara dan perlindungan hak asasi manusia serta mematuhi prinsip perkadaran dan pandangan oleh hakim semasa memungut cukai.


Hak kepada remedi merupakan pembelaan terakhir dalam melindungi hak asas orang awam. Oleh yang demikian, kerajaan hendaklah mewujudkan satu skim yang mematuhi prosedur yang adil dan berkesan serta memastikan semua yang terlibat dalam penghakiman mempunyai pengetahuan mengenai hak asasi manusia antarabangsa, berlatar belakang undang-undang dan kepakaran dalam percukaian.


Penghormatan kepada kemanusiaan merupakan langkah pertama ke arah melindungi hak asasi manusia. Perlindungan hak asasi manusia dengan jelas dinyatakan dalam Perjanjian Hak Asasi Manusia Antarabangsa, perlembagaan, undang-undang serta peraturan yang relevan dan hendaklah bebas daripada perlanggaran yang tidak sah. Semua orang dilahirkan sama dan berhak kepada penghormatan hak asasi manusia. Hubungan antara percukaian dan penghormatan hak asasi manusia hendaklah diketengahkan dan ditekankan. Kerajaan digesa untuk melakukan pembaharuan yang perlu untuk mewujudkan sistem percukaian yang tidak berat sebelah, munasabah dan saksama agar dapat berlaku adil.



Endorse





I am willing to disclose the above information in this website. 
      

Copyright ©2016 All rights reserved. Association of World Citizens & Federation of World Peace and Love